Antarabangsa
Kit Turbo Spoon Bantu Tingkatkan Kuasa Honda Civic Dari 173 kepada 275PS
Syarikat talaan Jepun yang sinonim dengan jenama Honda, Spoon Sport nampaknya sudah menawarkan unit pengecas turbo baharu, lebih besar untuk lebih dos berkuasa.
Produk ini dicipta untuk model Civic generasi ke-10 dan cukup sesuai diganti pada unit turbo standard keluaran kilang Honda, sesuai untuk model FK7 (hatchback), FC1 (sedan) dan FC3 (coupe).

Unit turbo baharu ini meningkat output kuasa kepada 275PS dengan tork setinggi 414Nm, peningkatan mendadak berbanding sedan standard 173PS dan 220Nm atau hatchback di Jepun (182PS dan 240Nm).

Perlu diingatkan, ini cuma sesuai untuk kotak gear manual dan lebih wajar tukar sekali sistem klac kerana komponen standard tidak mampu menampung anjakan kuasa setinggi ini.

Must-Watch Video