Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

KL Bike Week 2019 bermula Jumaat ini, janji kelainan berbanding biasa

Erywan
17/12/2019 10:12 MYT
Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2019 kali ke-10, sekali lagi akan menggegarkan bandaraya Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Disember 2019 ini.

Acara tahunan anjuran Red Garage Enterprise kali ini memilih Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur yang menjanjikan lebih banyak hidangan aktiviti disediakan bukan sahaja untuk pemilik atau peminat motosikal berkuasa tinggi.

KLBW yang berumur sedekad itu turut dihadiri peminat kereta, seni lukis dan seni reka dan barangan antik, sekali gus menjadi acara permotoran yang terbesar di Kuala Lumpur pada akhir tahun ini.

Pihak penganjur juga akan bekerjasama dengan Retro Havoc, di mana mereka akan menganjurkan Retro Havoc Gathering Vol.2 di KLBW 2019 yang bakal dihadiri sebanyak 400 kereta kategori supercar, klasik dan banyak lagi.

Bagi penganjuran KLBW 2019 kali ini, ia bakal menampilkan pelbagai kelainan dari segi aktiviti seperti Hot Air Ballon, persembahan pentas terdiri 30 kumpulan indie serta beberapa program baru akan diperkenalkan.

Antaranya pameran seni daripada pelajar-pelajar Master Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Teknologi dari Universiti Teknologi Mara dan juga gabungan penganjur bersama Pintu Merah dengan membawakan Chabuk Swap Meet yang akan membawa peniaga-peniaga barangan antik dan unik.

Red Garage Enterprise diusahakan Muhd ldi lskandar bin Datuk Seri Abu Zahar adalah sebuah syarikat bumiputera yang mula beroperasi dalam industri permotoran sejak tahun 2008.

Syarikat itu sudah terbabit dengan pelbagai acara Bike Week atau Bike Festival di dalam dan luar negara seperti Burapa Pattaya Bike Week dari tahun 2009 2019, Phuket Bike Week dari tahun 2008-2019, Jogjakarta Kustom Fest 2011-2019 dan banyak lagi.

Kali ini, penganjur akan memberi sebuah Harley-Davidson untuk hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung. Motosikal itu, akan dibawa balik selepas habis acara berkenaan.

Untuk bayaran masuk, pengunjung akan dikenakan bayaran RM15 dan mereka berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah itu.

Seperti kebiasaan Pertandingan Motorsikal Kustom turut dianjurkan membabitkan: Kategori baru untuk tahun ini:
;