Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

KMSB Umum Tidak Lagi Edar Motosikal Kawasaki Bermula 1 Oktober Ini

Erywan
30/09/2021 09:47 MYT
Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) mengesahkan tidak lagi akan mengedar motosikal jenama Kawasaki secara rasmi di Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Dalam satu surat yang dihantar kepada media, Lembaga Pengarah dan pengurusan KMSB mengambil keputusan sukar itu selepas mengambil kira beberapa perkembangan penting membabitkan polisi pelaburan yang berlaku dalam Kawasaki Heavy Industries Ltd Japan (KHI) di Malaysia.

Keputusan itu dibuat selepas peningkatan ekuiti dalam MODENAS pada 26 April 2019 dan strategi pemasaran produk KHI di pasaran negara ini.

KMSB juga akan menjalankan perniagaan baharu yang membolehkannya mempelbagaikan aktiviti sebagai sebuah konglomerat. KMSB juga mengucapkan terima kasih kepada KHI atas peluang dan kerjasama yang diberikan selama ini.

Sementara itu, KHI bakal membuat pengumuman mengenai tuntutan jaminan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti tidak lama lagi.

Untuk makluman, KMSB turut mengumumkan bahawa nama syarikat itu sudah ditukar menjadi KMSB Motors Sdn Bhd berkuat kuasa pada 6 September 2021.

#Kawasaki