Antarabangsa

KTM Adventure 390 menjelma di EICMA

gempak
Erywan
07/11/2019
09:25 MYT
Sponsor Banner
KTM Adventure 390 menjelma di EICMA
Bagi mereka yang meminat jenama motosikal KTM, penantian hampir tujuh tahun sudah berakhir. KTM berjaya memperkenalkan jentera 390 Adventure di Pameran Motor Milan (EICMA) 2019.
Ia adalah model entri dalam segmen kembara namun dilaporkan mengggunakan enjin sama seperti versi naked bike 390 Duke. Bezanya cuma, 390 Adventure didatangkan dengan pakej off-road yang diilhamkan daripada model KTM 790 Adventure. Jentera KTM sudah menceburi sukan lumba Dakar rali selama hampir 20 tahun. Model 450 Rally adalah produk off-road yang paling boleh diharapkan. Sejak pengenalan 390 Duke, ia dikatakan asas permulaan untuk pembinaan KTM 390 Adventure.
Bagaimanapun, model 390 Adventure mengambil masa untuk tujuan kajian dan penyelidikan daripada pengalaman diraih semasa kegunaan atas jalan raya biasa dan juga pembabitan dalam sukan rali. Motosikal ini dibina untuk kembara dan tunggangan off-road tidak terlalu ekstrem. Perlu ingat, ini cuma model entri.
KTM 390 Adventure ini menggunakan kerangka keluli trellis untuk menampung enjin silinder tunggal berkapasiti 373.2cc. Hantaran kuasa ke roda belakang disempurnakan dengan kotak gear enam kelajuan dan rantai jenis 520 x-ring.
Angkup brek BYBREE dengan empat omboh ditugsakan untuk mencengkam cakera 320 milimeter hadapan dan 230mm belakang (dua omboh). Rim hadapan ialah 19 inci manakala belakang 17 inci. Suspensi hadapan dan belakang masih jenama WP. Motosikal ini ada sistem KTM My Ride dan anda boleh sambungkannya kepada telefon pintar serta menggunakan aplikasi sistem navigasi. Pelana adalah setinggi 33.7 inci atau 855mm.
Namun, ada juga opsyen disediakan untuk meninggikan atau merendahkan pelana. Motosikal ini didatangkan dalam pilihan warna oren dan putih (sedikit tona oren).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live