TEMPATAN
Lamborghini Aventador Kadbod Dijual RM30,208
Seorang bintang YouTube, David Jones meraih New Zealand Dolar 10,000 (RM30,208) selepas menjual Lamborghini Aventador yang diperbuat daripada kadbod.
Bagaimanapun hasil jualan menerusi bidaan itu bukannya untuk mengautkan keuntungan, tetapi ia disalurkan ke badan amal ke Hospital Kanak-kanak Starship di Auckland.

Jones merancang untuk membina 'Cardborghini Aventapoor' itu dari model kertas mini yang ditemui dalam talian dan menjadikannya 5.6 kali lebih besar. Kenderaan kadbod berukuran lebar 1.65m dan panjang 3.78m.
Cardborghini mengambil masa lebih dua minggu yang mana masa untuk membinanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kerangka dan bentuk badan.

Pada masa sama, Cardborghini turut didatangkan dengan ‘buku panduan asli’, poster dan kit baik pulih. Video projek itu juga mendapat sambutan apabila lebih 1 juta tontonan. Anda boleh tonton di bawah:
Sumber: nzherald.co.nz
Must-Watch Video