Lamborghini dedah dua model edisi terhad, tetapi semua sudah habis dijual!
Erywan
21/08/2019 02:17 MYT
21/08/2019 02:17 MYT
Lamborghini mendedahkan dua model edisi terhad di acara Monterey Car Week baru-baru ini. Yang pertama adalah Aventador SVJ 63 Roadster yang direka khas sempena tahun Lamborghini diasaskan iaitu 1963.
Seperti SVJ 63 versi coupe yang diperkenalkan pada tahun lalu, model itu juga dihadkan kepada 63 unit dengan penyerahan dijangka bermula tahun hadapan. Ya, kesemuanya sudah pun mempunyai pemilik masing-masing.
Walaupun model asalnya sudah menonjol, versi 63 ini bakal menarik lebih banyak perhatian dengan beberapa sentuhan menarik seperti kemasan gentian karbon berkilat atau matte yang meliputi bahagian bumbung, penutup enjin, lubang penutup enjin, bingkai cermin depan dan juga cermin sisi.
Model berkenaan turut memakai rim titanium aloi Leirion dengan kemasan matte, serta livery ‘63’ pada bahagian sisi.
Bahagian dalaman tidak kurang hebatnya dengan tiga pilihan kemasan Alcantara, diiringi dengan elemen-elemen yang diperbuat daripada gentian karbon dan material eksklusif Lamborghini iaitu CarbonSkin.
Bagaimanapun, penambahbaikan Aventador SVJ 63 Roadster terhad kepada aspek visual sahaja. Enjin 6.5-liter V12 yang dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan masih menjana 770PS dan 720Nm, dengan keupayaan untuk memacu supercar ini dari 0 hingga 100km/j dalam 2.9 saat. Kelajuan maksimum kekal pada 350km/j.
Model edisi terhad yang kedua adalah Huracan EVO GT Celebration. Ia dibangunkan sebagai penghormatan kepada jentera lumba Huracan GT3 EVO milik pasukan Grasser Racing Team dan Paul Miller Racing yang beraksi cemerlang dalam perlumbaan 24 Hours of Daytona dan 12 Hours of Sebring untuk dua musim berturut-turut.
Gabungan warna hijau Verde Egeria dan jingga Arancio Aten yang dipaparkan adalah inspirasi daripada warna yang digunakan oleh kedua-dua pasukan terbabit. Selain itu, Lamborghini menawarkan sembilan gabungan warna lain bagi mereka yang inginkan kelainan.
Di dalam, model ini menampilkan upholsteri Alcantara dengan jahitan dalam warna yang sama dengan badan, selain plet heksagon di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Atas permintaan, Lamborghini juga boleh menambah lain-lain perincian seperti bendera Itali dan Amerika Syarikat, plet “Daytona 24” dan “Sebring 12” serta plet nombor siri.
Huracan EVO GT Celebration dikuasakan oleh enjin V10 sama seperti yang digunakan oleh jentera lumba GT3 itu. Ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat untuk 36 pelanggan bertuah.