Antarabangsa
Lamborghini SC20 Tiada Bumbung Yang Sah Dipandu Di Jalan Raya Biasa
Lamborghini Aventador boleh dianggap sebagai produk yang mempunyai jangka hayat panjang dalam syarikat Itali itu.
Ini kerana banyak varian dengan enjin V12 Aventador sudah diperkenalkan ke pasaran sejak 2011. Antaranya ialah Aventador J iaitu kereta tanpa bumbung berkuasa 700hp keluaran tahun 2012 dan itu hanya satu unit dibina untuk seorang pembeli kaya-raya.
Selepas 9 tahun kemudian, Lamborghini umumkan ketibaan SC20 yang direka oleh Lamborghini Squadra Corse. Apa yang menarik ialah SC20 sebenarnya sebuah kereta sah dipandu atas jalan raya dan tidak sama seperti SCV12 (untuk kegunaan trek sahaja) yang diperkenalkan awal tahun lalu.
Speedster baharu ini seperti produk yang berkembang dari model SC18 Alston dan pastinya tercatat dalam sejarah sebagai produk pertama Squadra Corse yang dicipta di luar dunia sukan berlumba. Sama seperti SC18 Alston, model ini juga menggunakan enjin aspirasi biasa 6.5 liter yang menghasilkan 770hp dengan tork puncak 720Nm. Angka ini sebenarnya sama dengan varian Aventadors SVJ.
Aspek reka bentuk model ini jauh lebih agresif berbanding Aventador J. Binaan badan aerodinamik pada model ini dipercayai dihasilkan daripada gambungan inspirasi J, Diablo VT Roadster, Veneno Roadster dan Concept S.
Kereta yang cuma dihasilkan dengan hanya satu unit sahaja. Pembeli kereta ini tidak didedahkan identitinya. Apapun, kereta yang dimintanya masih sarat dengan gentian karbon dan bolong kemasukan anginnya diperbuat menerusi cetakan tiga dimensi. Pemegang pintu pula diperbuat daripada aluminium. Setakat ini, harganya masih rahsia tetapi SC20 ini dipercayai lebih AS$573,000 (RM2.3 juta).
Must-Watch Video