Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond, “No Time To Die”

Erywan
03/09/2021 04:07 MYT
Sempena pembabitan dalam filem James Bond, “No Time To Die”, Land Rover melancarkan model edisi istimewa menerusi Defender V8 Bond Edition.

Bagi membuatkan ia lebih istimewa, hanya 300 unit sahaja yang ditawarkan sama ada anda boleh memilih varian Defender 110 atau 90.


Jentera itu diinspirasi daripada model yang tampil dalam filem berkenaan dengan mengenakan cat serba hitam. Ia juga menggunakan rim 22 inci warna Luna Gloss Black dan di bahagian dalamnya diceriakan brek kaliper biru untuk roda hadapan.

Bagi membezakan dengan model biasa, beberapa logo ‘Defender 007’ turut diletak pada bahagian belakang dan kepingan pemijak kaki.


Dari segi prestasinya, ia masih menggunakan enjin V8 5.0 liter dan menjadi model Defender paling berkuasa yang pernah dicipta oleh Land Rover.

Tiada apa-apa perubahan yang dilakukan pada enjin, tetapi ia mampu menyalurkan 518hp dengan tork setinggi 625Nm. Bagi varian Defender 90, ia boleh memecut 0-96km/j dalam masa 4.9 saat dan kelajuan maksimumnya mencecah 240km/j.


Filem James Bond bakal ditayangkan pada 30 September ini dan anda boleh melihat beberapa model lain seperti Land Rover Defender, Range Rover Sport SVR, Range Rover Klasik serta Land Rover Series III.

#Land #Rover
;