Tempatan

Land Rover Oxford buatan 1955 melakukan ekspedisi 16,000km dari Singapura ke London

gempak
Erywan
26/08/2019
05:21 MYT
Sponsor Banner
Land Rover Oxford buatan 1955 melakukan ekspedisi 16,000km dari Singapura ke London
Selepas lebih 60 tahun tiba di Singapura, Land Rover Oxford 1955 kini memulakan ekspedisi perjalanan pulang ke London dengan merentasi perjalanan 16,000km.
Ekspedisi itu disertai lapan peserta yang mana perjalanan mereka bermula dari Singpura, semalam dengan mengambil masa selama 100 hari.
Mereka akan menggunakan laluan yang berbeza untuk pulang ke London dengan melalui beberapa negara membabitkan Nepal, China, Uzbekistan, Iran dan Bulgaria. Ini kerana mereka mahu mengelak melalui beberapa negara yang sedang bergolak.
Seorang daripada pemandunya, Alex Bescoby, 31, adalah seorang pembuat filem yang sebelum ini pernah memenangi anugerah. Selain itu, ia turut disertai cucu kepada pemandu asal, Tim Selssor, 87, yang melakukan ekspedisi pertama Land Rover antara 1955 sehingga 1956 lalu.
Bagi memulakan ekspedisi itu, kenderaan berkenaan dibawa dari United Kingdom ke Singapura selepas menjalani restorasi dengan menukar beberapa komponen bagi melancarkan perjalanan mereka, tetapi masih mengekalkan penampilan asal.
Kenderaan itu juga memiliki sejarah yang cukup menarik apabila ia tiba di negara ini sebelum merdeka yang dikenali Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 1956, jentera itu meneruskan ekspedisinya sebelum terbiar di sebuah kepulauan Atlantic Selatan selama beberapa dekad. Namun dua tahun lalu, ia diselamatkan dan dibaik pulih oleh Adam Bennett yang
Sementara itu, Bescoby berkata, pasukannya akan memandu beberapa laluan membabitkan kawasan tanah tinggi, gurun dan hutan yang dijangka akan tiba di London pada awal Disember nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024