Lebih Kacak! Honda CR-V Black Edition, Harga Bermula RM161,913
Erywan
28/10/2021 10:11 MYT
28/10/2021 10:11 MYT
Honda Malaysia memperkenalkan CR-V Black Edition ke pasaran tempatan dengan hadir secara eksklusif dengan warna hitam mutiara.
CR-V Black Edition melengkapkan lagi varian CR-V yang sebelum ini ditawarkan dalam versi 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD and 1.5L TC-P 4WD.
Penampilannya semua didatangkan kemasan hitam yang boleh dilihat jeriji dan garnish depan dengan lampu utama LED. Pada bahagian belakang, ia menggunakan bampar hitam bersama gayaan lebih maskulin dan disempurnakan dengan rim aloi bersaiz 18 inci warna piano black.
Bukan sahaja luaran, konsol tengah, papan pemuka dan panel pintu dipasang dengan kemasan kayu berwarna hitam. Selain tona hitam diteruskan ke ruang kabin yang hadir dengan stereng dibalut kulit, meter TFT bersaiz 7 inci dan corong penyaman hawa bersama kemasan piano black.
Berhubung rangkaian kuasanya, ia masih menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbocharde yang mampu menyalurkan 193PS dengan tork setinggi 243Nm. Prestasinya adalah lebih daripada enjin 2.4 liter.
Ia juga dilengkapi dengan pakej ciri inovatif dan termaju yang lain seperti Kawalan Penghidup Enjin, yang mana ia boleh dihidupkan dengan menekan butang pada kunci pintar.
Pada masa sama, ia turut dilengkapi dengan bukaan but belakang berkuasa yang boleh dibuka menggunakan pergerakan kaki pada bawah bampar belakang. Ciri keselamatan lain, CR-V Black Edition ini juga dipadankan ciri Honda SENSING. SUV paling popular dalam segmen SUV bukan nasional itu ditawarkan pada RM161,913 seunit.