Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lejen Dah Kembali! Suzuki Jimny Lancar Di Malaysia, Harga RM168,000

Erywan
01/10/2021 03:08 MYT
Selepas Suzuki Swift Sport, kini tiba pula giliran model ‘lejen’ pacuan empat roda menerusi Suzuki Jimny masuk pasaran Malaysia.

Perkara itu didedahkan menerusi laman media sosial Facebook, Suzuki Cars Malaysia, semalam (30 September 2021) dengan harga jualan bermula RM168,900 tanpa insurans, termasuk dengan 50% pengecualian cukai (SST).

Untuk spesifikasi tempatan, tiada maklumat lanjut yang umumkan di media sosial berkenaan, namun difahamkan model itu adalah diimport sepenuhnya dari Jepun.

Generasi keempat Jimny mula diperkenalkan di Japan pada Julai 2018 dan berdasarkan spesifikasi di Jepun, ia menggunakan enjin 1.5 liter VVT empat-silinder petrol dengan kuasa output menyalurkan 100hp serta tork setinggi 130Nm.


Ia turut dipadankan kotak gear automatik empat kelajuan dan juga sistem pacuan empat roda dengan pilihan mod 2H, 4H dan 4L.

Ciri standard yang ada pada Suzuki Jimny membabitkan lampu utama projektor LED automatik, lampu kabus, roda aloi kelabu 15-inci, tempat duduk fabrik larasan manual, kawalan suhu automatik zon-tunggal, sistem infotainmen skrin sesentuh dengan ketersambungan Apple CarPlay dan dua pembesar suara.


Keselamatannya pula dilengkapi dua beg udara, ABS, bantuan brek, kawalan kestabilan dan ISOFIX.

;