Seorang lelaki mahu menjual 93 kenderaan iaitu sebahagian daripada koleksinya menerusi jualan bidaan di Red Oak, Iowa, Amerika Syarikat pada 14 September ini.

Menurut laporan NBC 6 News, Coyote Johnson mula membeli kenderaannya sejak di sekolah tinggi dan kini mempunyai 113 kereta.



Buat masa ini, beliau mengambil keputusan mahu menjual sebahagian koleksi model kereta muscle klasik seperti Ford, Chevrolet, Dodge, Plymouth dan Pontiac.

Bagi kereta Plymouth Road Runner 1969, Coyote membeli kereta itu ketika dia masih lagi remaja, dan sejak dari situlah beliau menjadi obsesi dengan kenderaan.



Difahamkan, dia bakal menjual beberapa model kenderaan seperti Camaro, Satellite, Super Bee, Charger, Challenger, Barracuda, Coronet, GTO, Mustang, Cutlasse dan banyak lagi.

Kenderaan itu sememangnya sedang dicari bagi peminat kenderaan muscle klasik dan dijangka ia akan habis dijual sepenuhnya.

Ada kenderaan yang mahu dijual itu perlu menjalani proses baik pulih untuk menjadikan ia lebih sempurna.