Sebelum video ini tular di akaun TikTok Daniel Mac, mungkin ada antara kita tidak tahu siapa lelaki ini yang mempunyai koleksi kereta yang cukup hebat.

Untuk makluman, lelaki itu dikenali sebagai David Lee berasal Amerika Syarikat. Beliau adalah perniagaan jam tangan mewah.

Menurut dalam video itu, dia pernah berurusan dengan selebriti Hollywood seperti DJ Khalid, Rihanna dan Justin Bieber, Drake dan Beyonce.


Jam tangan yang dijualnya itu, bukannya biasa-biasa malah mencecah harga USD700,000 (RM2.96 juta). Ini baru level kayangan peringkat atas sekali!

Koleksi Ferrarinya bukan sahaja kereta moden, tetapi juga versi klasik yang dihasilkan dalam jumlah terhad. Apa yang menariknya, satu daripada 16 koleksi Ferrari itu adalah F12 DSKL yang mana kenderaan di tempah khas untuknya.

Ini senarai koleksi yang dimilikinya:

  1. Ferrari SF90 - USD1 juta
  2. Ferrari F8 Spider - USD 350,000
  3. Ferrari Enzo - USD3.4 juta
  4. Ferrari F50 - USD 3.5 juta
  5. Ferrari F40 - USD2 juta
  6. Ferrari 288 GTO - USD3.3 juta
  7. F1 Ferrari 2002 Michael Schumacher - USD3 juta
  8. Ferrari 246 Dino - USD500,000
  9. Ferrari 365 Daytona Spyder - USD3.8 juta
  10. Ferrari 330 GTS - USD3.3 juta
  11. Ferrari 275 GTB/4 - USD 4 juta
  12. Ferrari 250 Lusso Competizione - USD 5 Juta
  13. Ferrari F12 DSKL - USD1.3 juta
  14. Ferrari 812 GTS - USD400,000
  15. Ferrari 488 Pista Spider - USD650,000
  16. Ferrari Roma - USD250,000
  17. Pagani Huayra - USD 3.3 juta

Jumlah harga kereta itu bernilai USD39.05 juta (RM165.57 juta). Untuk melihat lebih dekat, anda boleh saksinya di video di bawah: