Lexus IS 2021 Persaingan Baru Buat 3 Series, C-Class dan A4
Erywan
18/06/2020 05:47 MYT
18/06/2020 05:47 MYT
Percaya atau tidak, sebenarnya sudah 20 tahun Lexus IS berada di pasaran namun malangnya kelibat sedan kompak dari Jepun itu sering kali ditenggelami oleh pesaing-pesaingnya dari Jerman iaitu BMW 3 Series, Mercedes-Benz C-Class dan Audi A4.
Bagaimanapun, Lexus berharap dapat mengubah situasi itu dengan IS versi 2021 yang tampil dengan reka bentuk lebih memukau dan pelbagai kelengkapan canggih.
Bagi versi terbaru ini, jeriji ‘spindle’ menampilkan reka bentuk tiga dimensi dengan corong udara terbina dalam. Lampu berkembar pada model terdahulu digantikan dengan lampu yang lebih konvensional yang menampilkan projektor dan lampu nyalaan siang dalam satu unit.
Dari bahagian sisi, IS menampakkan rekaan yang gagah dengan adanya garis karakter yang menonjol bermula dari bahagian bawah pintu hadapan hingga ke gerbang roda belakang. Di belakang pula, lampu LED melintang membuatkan sedan ini tampak lebih lebar.
Perubahan pada ruang dalaman tidak begitu ketara. Antara ciri terbaru yang disertakan adalah skrin sentuh lapan inci yang boleh dinaik taraf kepada unit 10.3 inci. Menurut Lexus, skrin berkenaan kini diletakkan tiga inci lebih dekat dengan pemandu. Ia juga menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto.
Selain itu, IS turut mendapat sistem keselamatan Lexus Safety System+ 2.5 yang merangkumi ciri-ciri seperti Automatic Emergency Braking with Pedestrian and Cyclist Detection dan Pre-Collision Warning System. Ciri-ciri lain seperti Adaptive Cruise Control, Road Sign Assist dan Lane Departure Alert ditawarkan secara opsyen.
Apa yang akan membuatkan pelanggan kecewa adalah barisan enjin yang dibawa dari model terdahulu. Ianya bermula dengan dengan enjin 2.0-liter turbo dengan 241hp/350Nm untuk varian IS 300. Varian ini didatangkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan roda belakang.
IS 300 juga boleh didapati dalam versi pacuan semua roda namun versi ini dikuasakan oleh enjin 3.5-liter V6 dengan 260hp/320Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Selain itu, terdapat juga varian IS 350 RWD dan AWD yang menggunakan enjin V6 yang sama namun dengan talaan kuasa yang lebih tinggi iaitu 311hp dan 380Nm.
Walaupun menggunakan casis yang sama, Lexus menambahbaik sistem suspensi dengan menggunakan pegas gegelung yang lebih ringan sebanyak 20 peratus dan lengan kawalan (control arm) yang diperbuat daripada aluminium yang lebih ringan sebanyak 18 peratus. Bar penstabil juga 17 peratus lebih ringan berbanding sebelum ini.