Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lexus 300 Luxury Special Edition dan ES Limited Edition Dibuka Untuk Tempahan

Erywan
12/01/2021 08:01 MYT
Sempena 2021, Lexus Malaysia menawarkan dua model menarik menerusi RX 300 Luxury Special Edition dan ES Limited Edition buat pasaran tempatan.

Kedua-dua model itu yang menjadi kenderaan kegemaran dalam segmen masing-masing itu masih menawarkan kemewahan, keselesaan dan tahap keselamatan terbaik.


Bagi RX 300 Luxury Special Edition, ia akan menambahkan varian sedia ada iaitu Premium dan F-Sport. Varian baharu itu dibezakan dengan kit badan aerodinamik eksklusif menerusi pandangan yang lebih sporty melalui spoiler bumper depan, skirt sisi dan diffuser bumper belakang.


Jika RX 300 sebuah SUV, ES adalah pula segmen sedan mewah yang kini ditawarkan edisi terhad. Sedan mewah itu menampilkan panel pintu, papan pemuka, konsul tengah dan roda stereng dengan kemasan material kayu buluh.


Ciri keselamatannya pula, kedua-dua model itu dilengkapi Sistem Keselamatan Lexus + (LSS +). Ini termasuk Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Adaptive High-Beam System (AHS) sebagai beberapa ciri utamanya.


RX juga didatangkan ciri AHS yang dilengkapi dengan BladeScanTM pertama di dunia di mana cermin berbentuk bilah di lampu depan untuk mengurangkan silau pengguna jalan raya lain, selain memberi pencahayaan yang baik di tempat lain.


Dari segi warna pula, RX Luxury Special Edition ditawarkan Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake dan Red Mica Crystal Shine. Bagi ES 250 Limited Edition didatangkan warna Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake atau Deep Blue Mica akan dipasangkan dengan dua warna dalaman membabitkan Topaz atau Hitam.


Kedua-dua model itu dilindungi dengan jaminan 5 tahun tanpa had jarak kilometer dan ia kini boleh ditempah pada pertengahan Januari ini dan penjualannya bermula Februari 2021.

Harga Bagi Mengikut Model Atas Jalan Tidak Termasuk Insurans:

#Lexus
;