Lexus bukan sekadar menghasilkan rangkaian kenderaan mewah untuk pelanggan tetapi agak aktif dalam dunia perfileman, khasnya filem blokbuster.

Mungkin tidak ramai sedar bahawa jenama automatif Jepun itu pernah muncul dengan produk kenderaan dalam filem Minority Report, Black Panther dan Valerian and the City of a Thousand Planets.

Kini, Lexus muncul semula dengan satu lagi filem menentang makhluk asing dengan kapal angkasa dalam filem Men in Black: International.

Pesawat Lexus QZ 618 Galactic Enforcer dikatakan menggunakan Sumber Teknologi Kuasa Quasar untuk kembara merentas angkasa lepas dalam tempoh beberapa saat.

Ia mampu terbang dengan kuasa pecutan hingga 60 batu (hampir 100 kilometer) dalam tempoh 0.0000000000001 nano saat.

Lebih menarik, sistem bantuan Amazon Alexa QZ 618 mampu ia memahami 7 trilion bahasa termasuk bahasa mahkluk asing.


Apabila kembali ke Bumi, kapal angkasa QZ 618 Galactic Enforcer akan menukar menjadi sebuah Lexus RC F edisi 2020.

Buat pengetahuan anda, Lexus RC F menggunakan enjin 5.0 liter V8 dengan kuasa 472hp serta tork setinggi 535Nm. Transmisi digunakan ialah lapan kelajuan automatik.

Sumber: Lexus