Lexus GS Black Line - Adakah Ini Model Terakhir GS?
Bagi pasaran Amerika Syarikat, Lexus memberikan sedikit kelainan bagi model sedan mereka dengan melancarkan versi GS Black Line.
Bahagian dalaman pula menampilkan suasana yang sporty menerusi kemasan gentian karbon dan aksen merah pada panel pintu, stereng dan konsol tengah.
Dua jenis upholsteri digunakan di sini iaitu kulit berwarna hitam serta Alcantara yang boleh didapati pada panel instrumen, konsol dan perehat tangan. Jahitan kontras Rioja Red pula bertindak sebagai penyudah.
Ia menampilkan sentuhan mewah seperti logo krom dan sulaman yang diinspirasikan oleh jeriji ‘spindle’ Lexus pada bahagian dalam. Set ini mengandungi dua buah bagasi masing-masing berukuran 22 dan 26 inci.
Asas kepada GS Black Line adalah GS350 F Sport. Oleh itu, model edisi terhad ini dikuasakan oleh enjin NA berkapasiti 3.5-liter V6 yang menghasilkan 311hp dan 380Nm.
Versi RWD dilengkapi transmisi automatik lapan kelajuan, manakala automatik enam kelajuan untuk versi AWD.