Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

Lexus UX 200 - Inilah Hasil SUV Kompak Diketuai Ketua Jurutera Wanita Pertama Daripada Lexus

Erywan 17/02/2020 | 10:17 MYT

Model baru yang paling dinanti-nantikan dari Lexus Malaysia, Lexus UX 200 akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi dan kini boleh ditempah bermula hari ini.

Kenderaan utiliti sukan kompak pertama daripada Lexus itu menampilkan rekaan bentuk anggun yang bergaya hatchback, selain menawarkan pemanduan dinamik serta lengkap dengan ciri keselamatan terbaik.
Sebalik pembinaan model SUV itu, ia diketuai oleh ketua jurutera wanita pertama daripada Lexus yang menerapkan ciri pengayaan falsafah seni bina tradisional Jepun membabitkan Engawa.
Ia dibangunkan menggunakan Platform Seni Bina Global-C yang terkini yang membuatkan casis lebih stabil dan dinamik. Selain itu, jentera berkenaan digabungkan Sistem Keselamatan Lexus + (LSS+), satu sistem keselamatan bersepadu yang beroperasi seiring untuk menawarkan keseronokan memandu serta mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi.
Sistem itu berfungsi dengan menggunakan sensor dan kamera canggih yang tidak hanya mampu mengurangkan atau mengelakkan kemalangan, tetapi memberi kemudahan pemanduan.
Ciri lain yang turut dipadankan membabitkan but belakang berkuasa dengan bukaan pengesan kaki pada bampar, pengecas tanpa wayar, cermin pandangan panoramik dan banyak lagi.
Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan tiga varian membabitkan UX Urban, UX Luxury dan UX F-Sport. Buat masa ini, harga rasminya masih belum diumumkan lagi.

;