TEMPATAN
Libery Walk Tawar Pakej Kit Badan Bernilai RM790,636 Untuk Lamborghini Aventador
Pakar talaan Jepun, Liberty Walk yang terkenal dengan kit badan untuk membuatkan jentera lebih sporty dan unik menawarkan produk terbaharu mereka buat Lamborghini Aventador.
Kit badan yang diberi nama Silhouette Works GT-EVO itu bukan sahaja membuat Lamborghini Aventador tampak lebih bergaya, tetapi juga terhad kepada 20 unit sahaja.

Perubahan yang dilakukan pada Lamborghini Aventador dengan kit badan Silhouette Works GT-EVO boleh dilihat pada hadapan adalah bampar dan splitter, selain mempunyai lubang udara pada dapra sisi serta bonet.

Untuk memenuhi ciri konsep Liberty Walk seperti kenderaan lain, rim ditukar dan turut menggunakan sistem suspensi udara untuk merendahkan jentera berkenaan.


Must-Watch Video