Lotus Emira Tawar Dua Enjin, Toyota Dan AMG
Erywan
07/07/2021 03:31 MYT
07/07/2021 03:31 MYT
Jentera terakhir Lotus yang menggunakan enjin pembakaran menerusi Emira dilancarkan pada peringkat global.
Berdasarkan penampilannya, ia nampaknya menggabungkan dua reka bentuk daripada model Lotus membabitkan Evora dan Evija, selain yang menariknya ia ditawarkan dengan dua enjin iaitu Toyota serta AMG.
Seperti sebelum ini, model-model Lotus menggunakan enjin 3.5 liter V6 dari Toyota terutama bagi Exiga dan Evora. Namun, kali ini ia turut menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter turbocharged dari AMG.
Lotus mengatakan jentera itu akan ditawarkan dengan tiga transmisi berbeza iaitu manual, automatik dan dwi-klac. Bagaimanapun, ia tidak mengatakan pasangan enjin dan transmisi mana yang akan ditawarkan nanti.
Berdasarkan prestasinya, jentera itu dikatakan mampu menyalurkan antara 360 hingga 400hp yang mampu memecut 0-100km/j dalam tempoh 4.5 saat.
Jentera itu menggunakan casis aluminium dan kelebihan itu membuatkannya lebih ringan dengan berat kira-kira 1,400kg. Ia juga ditawarkan dua sistem penggantungan iaitu Tour adalah standard, manakala Sport adalah pilihan.
Satu perkara menarik untuk diperhatikan ialah sterengnya yang menggunakan sistem hidraulik kerana ia dikatakan memberikan maklum balas kepada pemandu lebih banyak daripada elektrik.
Ruang dalamannya lebih menyerlah berbanding model Lotus sebelum ini. Sebahagian besarnya permukaannya dibaluti dengan material kain, kulit dan Alcantara.
Ia juga mempunyai dua skrin untuk instrumen dan infotainmen yang masing-masing bersaiz 12.3 inci serta 10.25 inci.
Jentera Lotus terakhir menggunakan enjin pembakaran dalaman itu dijual kira-kira 72,000 Euro (RM412,939) di Eropah.