Lotus Evora GT410 – Kereta Sport Yang Selesa Dipandu Harian
Erywan
30/01/2020 08:35 MYT
30/01/2020 08:35 MYT
Selepas agak sekian lama mendiamkan diri, Lotus akhirnya melancarkan satu model baharu untuk tahun 2020 iaitu Evora GT410.
Ia dibangunkan sebagai kereta sport yang lebih selesa untuk pemanduan seharian berbanding varian GT410 Sport yang sedia ada.
Menurut Lotus, beberapa kelengkapan yang dahulunya ditawarkan sebagai pilihan pada varian Sport kini didatangkan secara standard pada model ini. Antaranya adalah tempat duduk Sparco, pendingin hawa dan kamera undur.
Turut disertakan adalah sistem infotainmen premium yang merangkumi radio digital DAB, navigasi satelit dan Apple CarPlay.
Selain menggunakan lebih banyak bahan penebat bunyi bagi mengurangkan hingar di dalam kabin, Lotus turut meningkatkan aspek praktikaliti dengan menyertakan perehat tangan dan ruang penyimpanan pada panel pintu. Tingkap belakang diperbesarkan bagi membolehkan pemandu mengundur dengan lebih mudah.
Dari segi mekanikal, kadar redaman (damping rate) sistem suspensi Evora GT410 telah disemak semula bagi menjadikannya lebih selesa apabila melalui jalan berbonggol. Jentera ini memakai rim aloi berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang dengan padanan tayar Michelin Pilot Sport 4S.
Seperti Evora GT410 Sport, model ini hadir dengan enjin supercharged 3.5-liter V6 yang menghamburkan 410hp dan 400Nm. Dengan transmisi manual enam kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 96km/j dalam 4.1 saat dengan kelajuan maksimum 300km/j. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan transmisi manual tetapi kelajuan maksimumnya akan dikurangkan sebanyak 19km/j.
Walaupun hadir dengan lebih banyak kelengkapan standard, Evora GT410 adalah £3,000 (RM15,900) lebih murah berbanding GT410 Sport dengan harga jualan sebanyak £82,900 (RM439,940) di UK.