Antarabangsa

Mahindra Thar 6X6 Acah-Acah G63 AMG 6X6

gempak
Erywan
24/07/2020
07:39 MYT
Sponsor Banner
Mahindra Thar 6X6 Acah-Acah G63 AMG 6X6
Ini terjadi apabila peminat tegar 4x4 sudah bosan dengan penampilan kenderaannya lalu tampil dengan idea di luar kotak. Tanpa berfikir panjang pemilik jentera ini menukar model Mahindra Thar menjadi trak pikap 6x6.
Tentunya idea berkenaan diambil dari model Mercedes G63 AMG 6×6, namun tidaklah begitu mirip model bernilai jutaan ringgit berkenaan. Thar 6×6 hasil sentuhan SD Offroaders dari Nakodar, Punjab, India itu tampil dengan bahagian badan belakang tambahan dengan pemasangan gandar yang panjang.
Penampilan baharu Mahindra Thar itu bukan saja satu ubah suai yang ‘gila’, namun menarik perhatian pengguna jalan raya lain kerana bentuk badan yang luar biasa. SD Offroaders memasang enam rim aloi hitam/krom yang dibaluti tayar besar untuk kegunaan pelbagai permukaan. Tayar simpanan ketujuh dipasang pada pintu belakang.
Tambahan gandar belakang menampilkan bentangan kerusi gaya krew kabin dengan ruang kaki yang lapang pada barisan kerusi kedua. Bahagian dalam kabin juga menampilkan tema hitam dan merah untuk disesuaikan dengan skema warna luar.
Bentuk depan Mahindra Thar 6×6 diserlahkan menerusi lampu depan bulat dan bampar besi bersama palang besi. Belakang pula didatangkan dengan pintu yang boleh dibuka untuk memudahkan kerja menyimpan barangan, selain bahagian sisi menawarkan pintu gaya Bolero.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung sama ada enjin Mahindra Thar itu sudah dinaik taraf atau sebalik. Jika ia masih menggunakan enjin standard, ia dijana rangkaian kuasa bersesaran 2,498cc, 4-silinder yang menghasilkan kuasa 105hp dan tork 247Nm.
Apa yang boleh dikatakan, penampilan Mahindra Thar ini cukup menarik biarpun ia tidak semewah dan sehebat G63 AMG 6X6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live