Bersempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan cuti persekolahan, pihak Forward Kedah dengan kerjasama Majlis bandaraya Alor Setar akan mengadakan satu himpunan kenderaan 4x4 dari seluruh Malaysia dan Thailand di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah pada 20 sehingga 22 Disember 2019.

Dengan Tema 'Penyatuan Dalam Kepelbagaian' program ini akan menyaksikanlebih 1,000 kenderaan 4x4dari pelbagai model, jenis dan katogeri akan bergabung untuk tujuan kebajikan serta semangat permotoran 4x4.

Program anjuran dengan kerjasama Kelab Kembara Lasak 4x4 dan ditaja oleh Monster Rims Malaysia itu akan berlangsung selama tiga hari ini akan berkisar kepada 3 teras utama iaitu kebajikan, pertandingan dan riadah.

Tiga teras ini akan di isi dengan lima acara sampingan antaranya charity drive, travel hunt, autoshow, urban trial challenge, autokhana dan pelbagai aktiviyi riadah yang menarik.

Program kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai kenderaan 'rare' dari negara jiran termasuk monster dan 4x4 klasik.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam industry automotif Malaysia antaranya Toyo, Silverstone, Pertamina, Kinto,Radar, Monsta, Rymax, Ultra Racing dan Auto galeri yang akan mengambil bahagian dan membuka booth jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Foward Kedah, Khairil Hanafi berkata, selaku NGO yang memperjuangkan industri pelancongan di tanah besar Kedah, program itu bukan sahaja dapat mengumpul peminat kenderaan 4x4 dari seluruh negara, tetapi ia juga bakal memberi impak ekonomi kepada pengusaha industri pelancongan di Bandaraya Alor Setar termasuklah pengusaha hotel dan homestay.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan keseluruhan Karnival ini boleh didapati daripada laman media sosial rasmi Malaysia 4x4 Mega Jamboree 2019.