Antarabangsa

Mansory ubah suai Audi RS6 Avant 2021-Pilihan Bapa Berjiwa Kelajuan

gempak
Erywan
13/03/2020
01:47 MYT
Sponsor Banner
Mansory ubah suai Audi RS6 Avant 2021-Pilihan Bapa Berjiwa Kelajuan
Syarikat talaan Jerman, Mansory sekali sekala menongkah arus daripada amalan biasa dan ini contohnya, memilih model wagon popular sebagai projek modifikasi terbaharu. Audi RS6 Avant ialah model kelahiran syarikat Audi di bandar Ingolstadt, Jerman yang cukup digemari ramai peminat alam maya dan ini bukan semua peminat gemar melihat projek sebegini.
Mansory pada awal mahu membawa model ini ke Pameran Motor Geneva 2020, namun ia dibatalkan pada saat akhir kerana kebimbangan terhadap wabak COVID-19. Model sentuhan pakar-pakar di Mansory mengenakan kit badan lebar gentian karbon pada wagon RS6. Ini menyaksikan penggantian komponen standard kepada bampar baharu, bonet dan spoiler bumbung.
Muncung ekzos asal berbentuk dua bujur ditukar kepada berbentuk bersegi pada bahagian belakang (kiri dan kanan) kereta. Di antara ruang ekzos kiri dan kanan, ada komponen peresap baharu yang semenangnya besar. Badan wagon Audi ini berwarna hitam ditambah jalur jingga dari bonet ke bampar belakang. Selain itu, beberapa jalur nipis ditampal pada skirt sisi, bampar belakang dan rim sebesar 22 inci.
Solekan ini turut dikenakan dalam kabin kereta, tali pinggang keledar berwarna jingga, solekan jalur jingga pada kerusi dan tikar kaki termasuk garisan halus warna sama pada papan pemuka serta panel pintu. Mansory memberi sentuhan magis pada enjin V8 4.0 liter turbo berkembar menyebabkan kuasa asal 591hp dan tork 800Nm berubah kepada 720hp dengan tork sekuat 1,000Nm.
Ini memendekkan waktu pecutan wagon Jerman ke 100 kilometer sejam (km/j) dari 3.6 saat kepada 3.2 saat. Kelajuan maksimum tidak didedahkan. Cuma, model RS6 Avant standard boleh capai 305km/j.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live