Maserati Letak Enjin Lebih Berprestasi Pada Ghibli Dan Quattroporte Trofeo
Erywan
14/08/2020 01:48 MYT
14/08/2020 01:48 MYT
Selepas memperkenalkan Ghibli Hyrid baru-baru ini, Maserati kini kembali dengan dua model baharu yang lebih berfokuskan kepada prestasi iaitu Ghibli Trofeo dan Quattrporte Trofeo.
Seperti Levante Trofeo, kedua-dua model terbabit dikuasakan oleh enjin turbo berkembar berkapasiti 3.8-liter V8 yang mampu menjana 580hp pada 6,250rpm dan 730Nm dari 2,250 hingga 5,250rpm.
Dihasilkan di kilang Ferrari di Maranello, enjin terbabit pernah digunakan sebelum ini untuk Quattroporte GTS. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama ia memasuki model Ghibli.
Maserati Ghibli Trofeo
Dilengkapi dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF dan pacuan roda belakang berserta ‘differential’, Ghibli Trofeo boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.3 saat, manakala Quattroporte Trofeo pula melakukannya dalam 4.5 saat. Kelajuan maksimum bagi kedua-duanya adalah sama iaitu 326km/j.
Untuk perbandingan, Levante Trofeo yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda Q4 memerlukan 4.1 saat untuk mencapai kelajuan 100km/j dari kedudukan pegun. Bagaimanapun, kelajuan maksimumnya jauh lebih rendah iaitu 304km/j.
Antara kelengkapan elektronik yang disediakan adalah sistem Integrated Vehicle Control (IVC) berserta mod Corse untuk gaya pemanduan yang lebih sporty dan juga Launch Control. Sistem suspensi pula terdiri daripada topang ‘double wishbone’ dan ‘multi-link’, serta peredam hentak Skyhook.
Dari segi penampilan, model Trofeo ini boleh dibezakan menerusi kemasan Black Piano pada jeriji dan perincian berwarna merah pada liang udara sisi dan logo Trident pada tiang-C.
Maserati Quattrporte Trofeo
Material gentian karbon pula menghiasi lubang ambilan udara pada bampar hadapan dan pengekstrak belakang. Kedua-dua model memakai rim aluminium Orione bersaiz 21 inci. Ruang dalaman menampilkan upholsteri kulit Pieno Fiore dan logo Trofeo tiga dimensi pada perehat kepala.
Panel utama memaparkan antaramuka eksklusif apabila enjin dihidupkan. Tidak seperti Levante Trofeo yang mempunyai paparan Maserati Intelligent Assistant (MIA) berukuran 8.4 inci, Ghibli Trofeo dan Quattroporte didatangkan dengan paparan 10.1 inci.