Selepas dibuka untuk tempahan hujung tahun lalu, akhirnya SUV kompak, Mazda CX-30 dilancarkan secara rasminya buat pasaran Malaysia.

Mazda CX-30 adalah segmen baharu dan dari segi saiznya, ia berada di posisi di tengah-tengah antara model CX-3 serta CX-5, sekali gus memberi pelbagai pilihan kepada peminat SUV di Malaysia.

Ia juga bukan untuk menggantikan model CX-3, tetapi versi tambahan bagi keluarga SUV Mazda di Malaysia. CX-30 juga bakal memberi saingan kepada beberapa model lain seperti Toyota C-HR dan Subaru XV.

Rekaannya, turut menerapkan rekaan KODO yang begitu menarik dengan penampilan hadapannya tidak jauh berbeza dengan SUV lain Mazda seperti CX-3, CX-5 dan CX-8, tetapi bahagan belakang CX-30 kelihatan sedikit berbeza.

Ruang dalamannya boleh dikatakan lebih ‘relax’ yang mana ia memberi keselesaan kepada empat penumpang dewasa, selain ia direka untuk memberi pemanduan yang lebih mudah untuk parkir. Pada masa sama, penglihatan pemandu juga lebih jelas kerana kedudukannya yang tinggi.

SUV kompak itu diimport sepenuhnya dari Jepun itu yang ditawarkan dengan tiga varian membabitkan Mazda CX-30 2.0L (2WD), Mazda CX-30 2.0L High (2WD) dan Mazda CX-30 2.0L Diesel High (2WD).

Ia juga didatangkan dengan tujuh pilihan warna seperti merah, kelabu, perak, hitam, biru, putih mutiara dan kelabu metalik.

Dari segi kuasa, difahamkan enjin 2.0 liter petrol menyalurkan kuasa maksimum 163hp dan tork mencecah 214Nm.

Bagi enjin diesel 1.8 liter pula, ia dikatakan mampu menjana kuasa sekitar 114hp dengan tork puncak 270Nm antara 1,600 sehingga 2,700rpm.

Kuasa daripada kedua-dua enjin itu disalurkan ke menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.

Bagi varian tertinggi CX-30, ia dilengkapi ciri Mazda i-ActivSense dengan brek kecemasan autonomi, adaptive cruise control dan banyak lagi.

Biarpun ia saiz lebih kecil daripada CX-5, ia mempunyai ruang but mampu mencapai 430 liter, selain memiliki skrin sesentuh 8.8 inci yang terletak pada papan pemukanya.

Sistem audionya pula, mempunyai lapan pembesar suara dengan 3L woofer pada bahagian sisi, 2.5cm tweeter pada kiri dan kanan untuk memberi bunyi yang lebih mantap bagi menghiburkan pemandu serta penumpangnya.

Selain itu, jentera berkenaan ditawarkan dengan waranti dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 100,000 kilometer.

Harga dan varian adalah seperti berikut: