Antarabangsa

Mazda Lancar Edisi Istimewa Ulang Tahun Ke-100, Inspirasi Dari R360 Coupe

gempak
Erywan
06/04/2020
09:35 MYT
Sponsor Banner
Mazda Lancar Edisi Istimewa Ulang Tahun Ke-100, Inspirasi Dari R360 Coupe
Tahun ini Mazda meraikan ulang tahun ke-100 jenama tersebut dan sempena hari bersejarah berkenaan Mazda memperkenalkan kereta Edisi Istimewa Ulang Tahun ke-100 (100th Anniversary Special Edition).
Edisi Istimewa itu mengambil inspirasi dari kereta penumpang pertama Mazda, R360 Coupe (1960) yang menjadi ikon penggayaan (styling) popular pada zamannya.
Walaupun Mazda R360 Coupe dibangunkan sebagai kereta rakyat, namun tidak mengorbankan reka bentuknya.
Didatangkan dengan enjin 4-lejang, R360 adalah kereta penumpang terlaris di Jepun ketika itu sedangkan pada masa itu kebanyakkan kereta dalam segmennya memiliki enjin yang bising dengan spesifikasi dua lejang yang berasap.
Ia menawarkan transmisi automatik dan dari segi mekanikal banyak menggunakan material aloi ringan dan badan monokok. Pada masa itu R360 antara model termaju.
Varian tertinggi R360 Coupe menggunakan cat dua rona warna yang mana bumbung berwarna merah sepadan dengan warna kabin. Manakala bahagian badan kereta disembur cat warna putih.
Malah, R360 yang dilihat dalam bahan promosi Mazda adalah versi yang menerima restorasi dari pelajar sekolah menengah Hiroshima pada tahun 2017.
Sepanjang tahun 2020, Mazda merancang untuk memperkenalkan Edisi Isitimewa Ulang Tahun ke-100 itu bagi beberapa model terkininya. Edisi Istimewa berkenaan didatangkan dengan warna badan putih dengan warna kabin dark cherry (merah gelap) sebagai penghormatan kepada Coupe R360.
Tidak ketinggalan, bahagian penyandar kepala disematkan lakaran timbul logo 100th Anniversary Special Edition dan bahagian pelapik kaki dengan lencana krom tulisan 100 YEARS 1920-2020. Mazda menyatakan hanya varian tertinggi akan menerima trim ulang tahun ke-100 tersebut.
Bagi beberapa model seperti Mazda3 dan CX-5, bahagian kabin akan mempunyai aksen putih yang mengingatkan kembali kepada warna badan logam kabin R360 Coupé yang terdedah sebelumnya.
Tidak ketinggalan, kunci kereta turut terukir logo 100th Anniversary Special Edition di sekeliling lencana krom Mazda. Logo 100th Anniversary Special Edition berwarna merah turut boleh dilihat pada bahagian tengah rim aloi.
Semua produk Mazda yang menerima kemasan Edisi Istimewa itu akan disematkan dengan lencana tambahan 100 YEARS 1920-2020 pada bahagian sisi badan.
Edisi Istimewa Ulang Tahun ke-100 itu akan diperkenalkan dahulu pada model Mazda2, Mazda3 dan CX-3 sekitar Jun depan di Jepun. Diikuti model CX-30, CX-5, CX-8, Mazda MX-5 Roadster soft top dan versi FR pada Julai depan. Terakhir model Mazda6 akan diperkenalkan pada Ogos.
Bagaimanapun Mazda tidak mendedahkan bilangan yang dikeluarkan untuk versi berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live