Selepas beberapa tahun, Mazda MX-5 RF kini hadir dengan ciri penambahbaikan berhubung keselesaan dan kemudahan, selain peningkatan kuasa serta tork enjin.

Mazda MX-5 RF 2019 hadir dengan satu varian sahaja yang mana harganya dijual bermula RM259,154.



Bagi memudahkan anda mengetahui apa ciri baharu itu, ini perinciannya membabitkan:
  1. Mazda MX-5 RF kini dilengkapi ciri Apple CarPlay® dan Android Auto® sebagai ciri standard yang boleh disambung menerusi paparan Mazda Connect Infotainment.
  2. Sesuai dengan sasaran asal untuk diberikan kepada mereka yang gemar memandu, jurutera Mazda memberi enjin 2.0 liter Skyactiv-G dengan peningkatan tindak balas, prestasi dan kecekapan.
  3. Enjin itu kini menyalurkan 181hp pada 7,000rpm, iaitu 17 peratus penambahbaikan dengan tork mencecah 205Nm pada 4,000rpm.
  4. Ia hadir dengan rim baharu hitam metalik bersaiz 17 inci, selain dipadankan roda stereng teleskopik baharu.
Mazda MX-5 RF itu adalah model import dari Jepun yang ditawarkan enjin Skyactiv 2.0 L dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik enam kelajuan atau manual enam kelajuan.



Ia juga didatangkan dengan tujuh pilihan warna membabitkan Soul Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Snowflake White Pearl, Eternal Blue, Ceramic Metallic dan Artic White.

Selain itu, ia dilindungi dengan lima tahun waranti pengeluaran dan lima tahun penyelenggaraan percuma termasuk kos buruh, komponen dan minyak pelincir.

Program waranti dan penyelenggaraan percuma itu ditawarkan dalam tempoh lima tahun atau 100,000km.