Tempatan

Mazda Rancang Lancar 8 Kenderaan Mesra Alam, Termasuk 3 EV

gempak
Erywan
24/06/2021
02:24 MYT
Sponsor Banner
Mazda Rancang Lancar 8 Kenderaan Mesra Alam, Termasuk 3 EV
Mazda menjadi pengeluar automotif Jepun terbaharu mengumumkan rancangan elektrifikasi masa hadapan dengan sekurang-kurangnya lapan model baharu yang akan dilancarkan bermula 2022 hingga 2025.
Daripada lapan model terbabiy, lima adalah versi plug-in hybrid manakala bakinya adalah rangkaian kuasa elektrik penuh. Semua produk itu akan dijual di pasaran domestik, Eropah, Amerika Syarikat, China dan negara ASEAN.
(Enjin Diesel Dengan Teknologi Hibrid)
Khabarnya, model-model kenderaan akan bermula dengan tawaran rangkaian kuasa hibrid ringan Mazda sebelum beralih sepenuhnya menjadi versi elektrik.
Mazda menggunakan platform elektrik pertama yang dipanggil Arkitektur Boleh Ubah EV SKYACTIV untuk pembangunan kenderaan berasaskan sumber elektrik. Ia akan rasmi digunakan sebagai asas pengeluaran kenderaan secara besar-besaran bermula 2025.
(Mazda Enjin Rotary)
Menurut laporan, platform itu boleh digunakan untuk kenderaan berbagai saiz dan bentuk badan yang dirancang untuk dihasilkan sehingga tahun 2030.
Selain hala tuju elektrik, ada laporan menyatakan Mazda akan mengembalikan sistem enjin rotari dan akan digunakan untuk model MX-30 yang ada dijual sebagai versi elektrik dan hibrid di beberapa pasaran. (Mazda Enjin Petrol Dengan Hibrid)
Selain rangkaian model elektrik, Mazda juga sibuk membangunkan sistem pemanduan berautonomi lebih maju yang dipanggil Mazda Co-Pilot Concept dan akan diperkenalkan pada model kenderaan bersaiz besar bermula 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024