Antarabangsa

Mazda Tawar Edisi Terhad MX-5 R Sport, Hanya 150 Unit Sahaja

gempak
Erywan
04/05/2020
03:39 MYT
Sponsor Banner
Mazda Tawar Edisi Terhad MX-5 R Sport, Hanya 150 Unit Sahaja
Mazda mengumumkan tawaran satu lagi varian roadster convertible edisi terhad MX-5 dengan hanya 150 unit kereta itu akan dibina untuk pelanggan di Britain.
Dipanggil MX-5 R Sport, kereta dua tempat duduk ini berbeza dengan varian lain dengan salutan cat warna Polymetal Grey metalik, dipasang cermin sisi perumah berwarna hitam kilat, bumbung soft-top kelabu dan menggunakan rim 16 inci jenama Rays (gunmetal).
Ruang kabin varian MX-5 ini disaluti material kulit Nappa berwarna merah tua (burgundy) dan dikenakan jahitan sulaman benang perak.
Kereta ini juga didatangkan dengan ciri standard lain termasuk sistem Apple Car Play dan sambungan telefon pintar Android Auto, kawalan jelajah, pemanas kerusi dan penyaman udara dengan fungsi kawalan iklim (climate control).
Mazda MX-5 R Sport ini dibangunkan daripada varian MX-5 Sport 2020 yang menggunakan enjin petrol empat silinder 1.5 liter, menjana 130bhp pada 7000rpm.
Roadster ini boleh mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam masa 8.3 saat dan kelajuan maksimum 204km sejam. Tork maksimum yang dapat diekstrak ialah 151Nm pada 4500rpm.
Awal bulan ini, Mazda ada memperkenalkan varian istimewa iaitu MX-5 ulang tahun ke-100 dengan salutan warna putih dan bumbung merah gelap.
Pelanggan kini boleh membuat pendaftaran jika berminat memiliki varian R-Sport, penghantaran akan dibuat selepas perintah berkurung Covid-19 ditarik balik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live