,
Tempatan

Mazda Tawar Kasut Rekaan Kodo, Harga Bermula RM1,500

Erywan
13/07/2021
04:38 MYT
Kerjasama antara jenama kenderaan dengan pakaian sebenarnya sudah lama terjalin seperti Ferrari dengan Puma dan banyak lagi.
Terbaharu adalah antara Mazda dengan Mizuno dengan memperkenalkan kasut memandu dan lebih menariknya ia menggunakan rekaan Kodo.
Rekaan Kodo ini adalah falsafah yang digunakan dalam mereka bentuk semua model Mazda pada masa kini. Gayanya lebih menarik dengan garisan minimal serta tampak bersahaja yang boleh dilihat pada jentera Mazda.
Kasut memandu Mazda x Mizuno itu dikatakan memberi operasi pedal yang ringan, stabil dan selesa. Ia mempunyai ciri utama yang berfungsi untuk memberi sokongan dorsifleksi yang mampu meningkatkan kawalan pedal.
Selain itu, rekaan yang bulat pada tumit turut meningkatkan hubungan di lantai, sementara memudahkan putaran kaki ketika memandu.
Walaupun kebanyakan kasut memandu mempunyai tapak yang keras dan nipis yang menjadikannya tidak selesa digunakan di luar kereta, Mizuno menggunakan teknologi Cob "pod clusters" untuk pelapiknya. Teknologi itu membolehkan rasa dan maklum balas langsung dari pedal, sambil tetap selesa untuk penggunaan seharian.
Kasut Mazda x Mizuno adalah permulaa buat pengeluar automotif itu untuk barangan gaya hidup. Ia sejajar dengan falsafah Mazda untuk mempunyai ikatan istimewa dengan pelanggannya.
Kasut memandu Mazda yang baru kini boleh didapati untuk pratempahan di Makuake dengan harga Yen 39,600 (RM1,503). Pelanggan dijangka mendapatnya pada Mac 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Baru Masuk Kereta Dah Handsome” - Video Lee Zii Jia Dikejar Peminat Raih Perhatian

gempak
02/06/2024
01:55 MYT
Atlet badminton negara, Lee Zii Jia sekali lagi meraih perhatian netizen gara-gara sepotong video yang dirakam oleh peminat tular di media sosial.
drebar

Mazda CX-9 2021 Hadir Ciri Baharu ‘Ignite Edition’, Harga Bermula RM319,847

gempak
13/09/2021
04:05 MYT
Menerima penambahbaikan dari segi gayaan dan teknologi.
drebar

Mazda Rancang Lancar 8 Kenderaan Mesra Alam, Termasuk 3 EV

gempak
24/06/2021
02:24 MYT
Semua produk itu akan dijual di pasaran domestik, Eropah, Amerika Syarikat, China dan negara ASEAN.
drebar

Mazda Perkenalkan Edisi Terhad MX-5 Sport Venture

gempak
13/04/2021
04:08 MYT
Penambaikan kosmetik yang diberikan sekurang-kurangnya membuatkan ia kelihatan lebih menonjol berbanding versi standard.
drebar

Berita Baik Pemilik RX-7, Mazda Hasilkan Semula Alat Ganti Kenderaan Itu

gempak
11/01/2021
03:53 MYT
Sesuai dengan benda dah ‘Rare’, harga kereta itu pun makin tinggi
Unitar