Antarabangsa

Mazda Teaser Mazda3 Versi Turbo - Jangka Mempunyai 250hp Dan 420Nm

gempak
Erywan
29/06/2020
03:39 MYT
Sponsor Banner
Mazda Teaser Mazda3 Versi Turbo - Jangka Mempunyai 250hp Dan 420Nm
Mazda mengeluarkan teaser versi turbo pada model hatchback Mazda3 (2021). Khabarnya model itu akan menerima enjin 2.5L turbo dengan sebaris ayat "power comes to those who wait" menerusi Twitter.
Turut disertakan video bunyi rev enjin turbo yang pada akhir video berdurasi 13 saat itu tertera angka 2020. Video berkenaan menjelaskan peminat automotif perlu bersedia majlis pelancarannya pada 8 Julai dengan latar grafik dinamik merah.
Ada kemungkinan majlis pelancaran bakal dijalankan secara atas talian dan dijangkakan janakuasa turbo itu bakal menghasilkan kuasa 250hp dan tork 420Nm.
Sayangnya model itu akan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Namun tentunya bakal memberikan keseronokkan pemanduan. Kita tunggu perinciannya nanti. Sememangnya model ini sangat menarik buat mereka yang gemar sebuah kenderaan berprestasi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live