Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

McLaren, Bentley Dan Porsche Antara Kenderaan Seludup Yang Dihancurkan Kastam Filipina

Erywan
22/06/2021 06:52 MYT
Kastam Filipina baru-baru ini memusnahkan 21 kereta yang dibawa masuk ke negara itu secara seludup.

Sebahagian daripada kenderaan itu adalah model-model ‘luar biasa’ termasuk McLaren 620R, Bentley Flying Spur, Porsche 911, Mercedes SLK, Lotus Elise, Hyundai Genesis coupe, dan Toyota Solara. Semua jentera yang disita itu adalah antara 2018 sehingga 2021.


Semua kenderaan yang dianggarkan P58.55 juta (RM4.9 juta) itu dimusnahkan dengan menggunakan jengkaut. Ia turut disaksikan Kementerian Kewangan Filipina, Suruhanjaya Audit dan pegawai dari pihak Kastam yang diketuai oleh Pesuruhjaya Rey Leonardo B. Guerrero.


Memusnahkan kenderaan yang diseludup adalah bukan kali pertama yang dilakukan pihak berkuasa Filipina. Ini kerana pada 9 Februari 2021, pihak berkuasa di sana turut memusnahkan 17 unit kenderaan yang terdiri daripada BMW Z1, Ferrari 360 Spider, Lamborghini Gallardo, Renault 5 Turbo, Opel Manta, Maserati Quattroporte, dan Mercedes SL55 AMG di Pelabuhan Cebu dan Pelabuhan Manila.


Ia dilakukan berdasarkan Peraturan Presiden 2017-447, di mana Presiden Rodrigo Roa Duterte mengulangi perlunya untuk memusnahkan kenderaan seludup. Ia sekali gus menjadi amaran bahawa kerajaan Filipina sangat serius dalam usaha menentang penyeludupan.

Sumber: Facebook Bureau of Customs PH

;