Tempatan

Menarik, tayar terpakai diukir untuk perhiasan

Erywan
21/06/2019
06:57 MYT
Komited untuk menjaga alam sekitar dan masyarakat, Goodyear Malaysia menderma tayar ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam bagi aktiviti rekreasi dan latihan bengkel sekali gus mendedahkan pentingnya kitar semula kepada pelajar.
Di samping menggunakan tayar untuk tujuan praktikal, setengah tayar itu digunakan sebagai hiasan. Tayar berkenaan diukir semula dan idea berkenaan diambil daripada pengukir profesional yang dibuat pada Cotton Bowl 2018. Cotton Bowl adalah pertandingan tahunan Amerika Football bagi penuntut kolej atau universiti.
Pengurus Komunikasi dan Perkhidmatan Pemasaran, Goodyear Malaysia, Anthony Fonseka berkata, pihaknya gembira menjadi sebahagian program kitar semula bagi tayar yang sudah digunakan itu.
“Kami berharap ia akan memberi inspirasi, selain memperkasakan pelajar untuk menjaga alam sekitar dengan sentiasa mencari jalan baru untuk menilai barangan yang digunakan dalam persekitaran yang selamat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Goodyear Eagle F1 Sport Tayar Khas Untuk Peminat Tegar Sukan Permotoran, Harga Bermula RM294

gempak
08/12/2020
08:30 MYT
Ia ditawarkan untuk rim 16 sehingga 18 inci.