Covid-19
“Menggigil Sejuk, Lemau Macam Demam Sakit Urat” – Jue Aziz Positif COVID-19, Mohon Doakan Kesembuhan
Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya kini positif COVID-19.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Jue memaklumkan mengalami beberapa simtom antaranya hilang deria rasa dan menggigil kesejukan.
“Salam kesayangan semua… Tolong doakan kesihatan Jue… Jue positif COVID-19. Simtom batuk, demam, sakit kepala, hilang deria rasa…
“Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, Jue juga memohon orang ramai dapat mendoakan kesembuhannya.
“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak sengaja... Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian… Amin,” tulisnya,
Selain Jue, rakan artis lain yang turut dijangkiti adalah Aeril Zafrel, Fazli Zainal, ibu kesayangan Achey Bocey dan juga abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah.
Sama-sama kita dokan kesembuhan mereka yang dijangkiti COVID-19… Amin….
Must-Watch Video