Keluarga baharu S-Class, Mercedes-Benz S 560 e menjengah pasaran Malaysia dengan bantuan teknologi plug-in hibrid yang termaju dalam kelasnya.

Jentera yang dijana rangkaian kuasa plug-in hibrid generasi baharu itu membolehkan penggunanya memandu dengan kuasa bateri untuk pemanduan bandar, manakala perjalanan jauh diberi tugas kepada enjin.


Buat pengetahuan anda, rangkaian kuasa itu bukan sahaja mesra alam sekitar dan jimat minyak, tetapi mampu memberi prestasi yang mengagumkan.

Ini fakta penting yang anda perlu tahu tentang Mercedes-Benz S 560 e.

1. Gabungan dengan enjin V6 bersesaran 2,996cc mampu menyalurkan 367hp, manakala 90kW kuasa daripada EQ Power. Jika digabungkan bersama, output Mercedes-Benz S 560 e boleh menghamburkan 350kW (467hp).

2. Ia juga boleh dipandu sejauh 50km dengan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya yang mana ia dijana oleh kuasa bateri lithium ion berkapasiti 13.5kWh. Ia boleh dicas dalam masa 6 jam dengan menggunakan pengecas domestik, manakala 1.8 jam bagi pengecas Wallbox.


3. Model terbaharu itu dipadankan dengan transmisi automatik 9G‑TRONIC PLUS. Ia terdiri daripada torque converter, klac dan motor elektrik yang diletak dalam perumah unit pemanduan hibrid kompak.

4. Jentera mewah itu mampu memecut 0-100km/j dalam 5 saat dan mampu dipandu sehingga 250km/j.


5. Mercedes-Benz S 560 e turut didatangkan dengan ciri mod Eco Assist yang membantu pemandu untuk pemanduan yang lebih cekap terutama ketika menekan padel minyak.

6. Sebagai contoh, titik rintangan akan berubah-ubah untuk menunjukkan kepada pemandu jumlah maksimum kuasa elektrik sedang disampaikan. Denyut nadi berganda juga akan mengesyorkan pemandu untuk mengangkat kaki mereka dari padel minyak bagi mematikan enjin pembakaran dalaman.


7. Bagi ruang dalaman pula, ia dilengkapi dengan kulit Nappa, iaitu kemasan Pakej Ekskulsif serta didatangkan kemasan kulit kayu walnut.

8. Ia juga dilengkapi pakej Chauffeur untuk mengubah posisi tempat duduk yang lebih sempurna.


9. Harga anggarannya RM658,888.