Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Tempatan

Mercedes-Benz 190E 2.5-16 Evolution II, Harga Lebih RM2 juta Untuk Memilikinya

Erywan 23/08/2021 | 07:00 MYT

Mercedes-Benz 190E 2.5-16 Evolution II ini bukannya sebuah jentera yang biasa-biasa selepas ia diperkenalkan di Pameran Auto Geneva pada 1990.

Pada ketika itu, sebanyak 502 unit yang dihasilkan dan ia habis dijual sebelum dilancarkan. Bagi mereka yang mahu memiliki kenderaan edisi terhad dan ‘rare’ ini, ada satu Mercedes-Benz 190E 2.5-16 Evolution II untuk dijual.
Unit ke 473 daripada 502 itu ditawarkan di pusat jualan kenderaan unik, Speedart Motorsports di Amerika Syarikat dengan harga bermula $475,000 (RM2 juta).
Biarpun jentera itu sudah berumur hampir 31 tahun, ia baru sahaja dipandu 18,248 kilometer dengan kondisi luaran dan dalaman yang sangat baik.
Jentera itu menggunakan enjin 2.5 liter dengan AMG PowerPack yang menyalurkan 232hp dan tork setinggi 245Nm.
Suspensinya lebih rendah 45mm berbanding versi standard dan turut menggunakan brek Brembo kaliper dengan empat omboh sama seperti model Evo I.
Ubah suai yang paling ketara boleh dilihat pada model itu adalah kit badan yang radikal. Ia direka oleh Profesor Richard Eppler dari Universiti Stuttgard untuk meningkatkan daya earodinamik.
Ruang dalamannya, masih terjaga rapi dengan tiada langsung rekahan pada papan pemuka atau di kawasan lain. Pada masa sama, ia turut dipadankan dengan kerusi Recaro balutan kulit hitam.
Ini boleh dijadikan satu koleksi yang cukup berharga. Lagi pun harganya pasti akan melambung lebih tinggi pada masa akan datang.
Sumber: Speedart Motorsports

;