Tempatan

Michelin Pilot Sport 4 SUV lebih tahan lama dengan cengkaman terbaik, harga bermula RM700

gempak
Erywan
25/07/2019
03:59 MYT
Sponsor Banner
Michelin Pilot Sport 4 SUV lebih tahan lama dengan cengkaman terbaik, harga bermula RM700
Bagi memenuhi permintaan tayar kategori SUV, Michelin sebuah syarikat terkemuka dunia memperkenalkan Michelin Pilot Sport 4 SUV untuk Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) berprestasi tinggi.
Michelin Pilot Sport 4 SUV hadir dengan reka bentuk alur asimetri baharu yang menguatkan corak bunga dan memberikan cengkaman maksimum ketika di selekoh.
Lilitan tali sawat hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon juga menjanjikan tindak balas kawalan yang dinamik dan ketepatan pemanduan.
Lebih baik, jangka hayat tayar juga lebih baik dengan jarak pemanduan melebihi 13,000 kilometer, selain menggabungkan blok bunga yang kukuh dan lapisan pelindung berkapasiti tinggi untuk meningkatkan ketahanan terhadap kerosakan tayar.
Ia dihasilkan dengan bahan sebatian baharu yang menggabungkan fungsi inovatif elastomer dan silika, sekali gus memberi pengendalian di permukaan jalan basah lebih baik berbanding tayar pesaing lain.
Ujian yang dilakukan mendapati Michelin Pilot Sport 4 SUV mencatatkan masa sehingga 5.06 saat lebih pantas untuk melengkapkan trek sepanjang 1,050 meter berbanding pesaingnya.
Malah, Michelin Pilot Sport 4 SUV juga mendahului dalam ujian brek di permukaan jalan kering dengan catatan jarak sehingga 2.7 meter lebih pendek daripada pesaing.
Pada permukaan jalan basah, kenderaan mampu membrek sehingga 4.9 meter lebih pendek dengan tayar baharu dan sehingga 8.5 meter lebih pendek dengan tayar terpakai berbanding pesaing.
Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata, Michelin Pilot Sport 4 SUV melengkapkan rangkaian produk Pilot Sport dengan padanan teknologi sukan permotoran yang terkini dan peningkatan kecekapan untuk memberi kepuasan pemanduan tanpa had yang selamat.
“Tayar ini mempunyai corak bunga yang lebih baik dan bahan sebatian baharu untuk cengkaman yang lebih mantap dan prestasi brek yang cemerlang pada jalan basah, selari dengan slogan Michelin Pilot Sport 4 SUV, iaitu Sentiasa dalam kawalan, di mana sahaja,” katanya.
"Kami memberikan Michelin Pilot Sport 4 SUV sentuhan reka bentuk yang eksklusif dengan menampilkan 91peratus kemasan berwarna hitam yang elegan untuk menyerlahkan SUV dengan penampilan gaya sporty,” katanya.
Menurutnya, Michelin Pilot Sport 4 SUV juga dioptimumkan bagi keselesaan penumpang dan meminimumkan bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubkan.
Michelin Pilot Sport 4 SUV boleh didapati di TYREPLUS dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim dengan diameter 17 hingga 23 inci dengan harga bermula RM700.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live