Watch
Mini Cooper klasik ‘X’ B16 Honda VTEC
Dunia modifikasi membabitkan Mini Cooper menggunakan enjin jenama Honda bukan suatu cerita baru.
Ada beberapa pemilik Mini Cooper model generasi lama dan baharu sudah menjayakan transformasi kacukan Barat serta Timur itu.
Cumanya, model Mini Cooper dengan jantung Honda yang anda lihat ini adalah hasil binaan oleh seorang lelaki berumur 22 tahun di United Kingdom.
Pemiliknya membuang hud dan enjin asal untuk memuatkan seunit B16 Honda VTEC 1.6 liter dengan sambungan pengecas turbo Garrett jenis GT3076R.
Kotak gear digunakan adalah jenis lima kelajuan quick shift. Hasilnya 'Honda Cooper' kerdil ini boleh memuntahkan kuasa kuda sehingga 360hp.
Ada beberapa modifikasi lain dilakukan selain penggunaan jantung Honda. Pemiliknya memasang injektor 750cc, beberapa unit radiator, brek cakera Wilwood bersaiz besar dan spoiler gergasi di belakang. Kereta ini menggunakan rim 13 inci.
Ruang dalaman turut mendapat solekan baharu dengan trim gentian karbon dan kaca, modifikasi papan pemuka, roda stereng, tempat duduk Recaro, pedal perlumbaan dan pelbagai lagi.
Mini Cooper ini digerakkan menerusi pacuan roda hadapan dan pemiliknya ada menyuarakan hajat meningkatkan kuasa kepada lebih 500hp dan memasang pacuan semua roda.
Sumber & kredit: LLF (LivingLifeFast)
Must-Watch Video