Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

MINI Countryman Blackheath Edition Lancar Di Indonesia Secara Maya

Erywan 08/05/2020 | 06:50 MYT

BMW Group Indonesia selaku pemasang dan pengedar rasmi kenderaan jenama BMW dan MINI di negara republik itu akhirnya melancarkan model MINI Countryman Blackheath Edition.

Pelancaran itu julung kalinya dibuat secara maya disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sebelum ini, BMW Malaysia juga ada melancarkan model sama pada Februari lalu dengan 48 buah kereta sahaja.
"Dalam tempoh kuarantin disebabkan Covid-19, MINI Indonesia meneruskan usaha menyajikan pengalaman pemanduan go-kart dengan model terbaharu untuk peminat MINI di Indonesia," kata Pengarah Komunikasi BMW Group Indonesia, Jodie O’tania.
Jodie menyatakan MINI Countryman Blackheath Edition akan ditawarkan dalam unit terhad iaitu untuk 24 pelanggan sahaja. MINI Countryman Blackheat Edition dibangunkan daripada model asas Countryman Cooper S yang dihasilkan di peringkat tempatan (versi CKD).
"Di Indonesia, MINI Countryman semakin popular dengan kilang pemasangan tempatan menampung peningkatan permintaan. Lebih 273 unit dikeluarkan tahun lalu," kata Ketua MINI Asia, Kidd Yam.
Nama kereta MINI itu diambil daripada hutan ikonik di Blackheath, kira-kira 11 kilometer dari kota London, England. MINI Countryman Blackheath Edition menggunakan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter.
Ia mampu menghasilkan kuasa 192hp dengan tork puncak 280Nm. Masa pecutan dari kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) ialah 7.5 saat manakala kelajuan maksimum adalah 225 km/j.

;