Antarabangsa

MINI Countryman Facelift - Ini 5 Perkara Baharu Yang Ada Padanya

gempak
Erywan
29/05/2020
02:39 MYT
Sponsor Banner
MINI Countryman Facelift - Ini 5 Perkara Baharu Yang Ada Padanya
Walaupun ia model terbesar dalam barisan MINI, Countryman amat popular di kalangan pelanggan dengan sumbangan hampir 30 peratus kepada jualan keseluruhan jenama itu di seluruh dunia.
Selepas berada di pasaran sejak tiga tahun lalu, kini Countryman generasi kedua hadir dalam versi facelift dengan pelbagai penambahbaikan yang membabitkan rekaan dan kelengkapan.
Apa yang baharunya, dalam artikel ini kami senaraikan perubahan pada MINI Countryman Facelift membabitkan:
1.Penampilan crossover ini diperkemaskan lagi dengan jeriji berbentuk heksagon yang diapit lampu LED baharu yang merupakan kelengkapan standard pada semua varian. Di belakang, rekaan bampar yang diperkemaskan dan lampu Union Jack membuatkan ia kelihatan lebih menonjol terutamanya pada waktu malam.
2.Untuk ruang kabin, pilihan upholsteri kulit diperluaskan lagi dengan penawaran warna baharu iaitu Chester Indigo Blue dan Chester Malt Brown, manakala kemasan hitam Piano Black pada papan pemuka dan panel pintu kini disertakan secara standard.
3.Ruang dalaman tampil lebih canggih dengan kehadiran panel instrumen digital berukuran lima inci. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan sistem Connected Media dan Connected Navigation Plus yang merangkumi skrin sentuh berukuran 8.8 inci pada konsol tengah.
4.Seperti sebelum ini, Countryman hadir dengan pilihan enjin petrol tiga dan empat silinder, diesel empat silinder serta hibrid plug-in. Namun bezanya enjin-enjin tersebut lebih bersih dan patuh piawaian emisi Euro 6d yang ketat. Ini dicapai menerusi penggunaan penapis zarah (particulate filter) pada enjin petrol dan suntikan SCR dengan AdBlue pada enjin diesel.
5.Sistem pacuan semua roda ALL4 ditawarkan secara pilihan pada empat varian Countryman dan didatangkan secara standard pada pada varian hibrid plug-in. Bergantung pada varian, pilihan transmisi terdiri daripada Steptronic enam, tujuh dan lapan kelajuan atau manual enam kelajuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live