Tempatan

MINI John Cooper Works Countryman dan Clubman - Model terpantas dalam keluarga MINI

gempak
Erywan
07/11/2019
04:42 MYT
Sponsor Banner
MINI John Cooper Works Countryman dan Clubman - Model terpantas dalam keluarga MINI
MINI, jenama automotif premium kompak di Malaysia memperkenalkan dua jentera baharunya menerusi MINI John Cooper Works Countryman 306HP dan MINI John Cooper Works Clubman 306HP.
Kedua-dua model itu dilengkapi dengan enjin baharu berkuasa tinggi yang membawakan 306hp dengan tork setinggi 450 Nm. Enjin empat silinder yang diperbaharui secara komprehensif dengan menjalani pembaharuan pada pacuan aci engkol (crankshaft) serta teknologi MINI TwinPower Turbo generasi terkini.
Dengan kapasiti 1,998 cc, kedua-dua model itu mampu mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 250 km/j. MINI John Cooper Works Clubman 306HP boleh memecut dalam masa 4.9 saat, sementara MINI John Cooper Works Countryman 306HP mencatat 5.1 saat. Nisbah pemampatan enjin baharu itu sudah dikurangkan daripada 10.2 kepada 9.5 untuk dipadankan dengan tekanan pengecasan sistem yang lebih tinggi.
Tambahan lagi, pengecas turbo yang diintegrasikan pada pancarongga ekzos dipasangkan dengan injap pemampat pintasan sekali gus menyumbang kepada karakteristik tindak balas optimum. Enjin itu dipadankan dengan Transmisi Automatik Steptronic Sport Lapan Kelajuan dengan gear boleh ditukar secara manual menggunakan padel.
Dengan memilih “GREEN” dalam “MINI Driving Mode”, fungsi luncur boleh diaktifkan sebaik sahaja pedal pemecut dibebaskan pada tahap kelajuan di antara 50–160 km/j. Komponen brek diperbaharui, cakera brek besar bersaiz 360×30 mm di hadapan dan 330×20 mm di belakang. Angkup brek bersadur warna merah di hadapan mempamerkan logo JCW.
Suspensi ditawarkan menerusi komponen suspensi sport JCW yang berukuran 10 mm lebih rendah berbanding yang standard, ia membekalkan sebuah pengalaman pemanduan dinamik serta tahap kestabilan. MINI John Cooper Works Countryman 306HP terbaharu, khususnya dilengkapi dengan Suspensi Adaptif (Adaptive Suspension). Ia sebuah sistem pintar yang membolehkan proses pemampatan dan pemulihan dilaraskan untuk memberikan keupayaan suspensi yang terbaik bagi kondisi pemanduan tertentu.
Sistem pacuan semua roda ALL4 adalah satu lagi ciri menarik yang melengkapi varian MINI John Cooper Works 306HP, ia menawarkan cengkaman dinamik di setiap permukaan jalan. Dari segi penampilannya, MINI John Cooper Works Countryman 306HP hadir panel trim bampar baharu dengan salur masuk udara terbuka di kedua-dua sisi. Ia juga didatangkan dengan paip ekzos yang lebih besar, ia berukuran 85 mm untuk menawarkan profil bunyi JCW berkuasa tinggi.
Model itu dipadankan bampar hadapan yang diubah suai, ia menyumbang kepada penampilan sudut hadapan yang tampak lebih lebar, selain spoiler hadapan hadir dengan pembahagi bersaiz lebih besar dan sisipan di seksyen jeriji bawah. Bagi MINI John Cooper Works Clubman 306HP pula, permukaan jeriji yang lebih besar dan berbeza, ia turut mengenakan corak reka bentuk honeycomb yang sinonim dengan John Cooper Works.
Komponen penghadang impak (crash beam) masih dikekalkan, namun kini ia diletakkan di belakang jeriji honeycomb untuk mewujudkan penampilan yang lebih kemas serta padanan Lampu Hadapan LED baharu dengan “Matrix Light Functionality”. Lampu belakang LED penuh dalam corak rekaan Union Jack pula menghiasi bahagian belakang jentera ini, ia memberikan sentuhan keelegenan.
Di samping itu, kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP dilengkapi dengan set roda ruji dua tona JCW Circuit 19 inci yang eksklusif. Fungsi kemudahan dalam varian MINI John Cooper Works 306HP meliputi pembuka pintu but elektrik, “Comfort Access”, dan penyaman udara automatik dua zon. Lagi satu ciri menarik ialah Projeksi Logo MINI Yours yang mengalukan pemandu dengan memancarkan logo MINI di lantai kenderaan berdekatan dengan pintu setiap kali jentera tersebut dibuka atau dikunci.
Varian MINI John Cooper Works 306HP juga menampilkan kad SIM 4G terintegrasi yang baharu serta aplikasi MINI Connected untuk memudahkan perancangan mobiliti harian pengguna. MINI Connected membawakan Panggilan Kecemasan Pintar, “Teleservices”, Servis Jarak Jauh (Remote Services), MINI Dalam Talian (MINI Online), Apple CarPlay, dan Servis Rencam (Concierge Services).
Kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP ditawarkan dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun oleh MINI berserta Servis Berjadual Percuma. Harga jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) varian MINI John Cooper Works 306HP membabitkan:
  • MINI John Cooper Works Clubman 306HP Terbaharu - RM358,888
  • MINI John Cooper Works Countryman 306HP Terbaharu - RM378,888
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024