Sempena musim lebaran yang bakal tiba, MINI Malaysia memperkenalkan kempen MINIMISE dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik bagi kenderaan MINI, selain melancarkan platform tempahan digital yang pertama menerusi MINI eShop.

Kempen MINIMISE menawarkan kadar faedah menarik bermula daripada 0%, eksklusif untuk jentera MINI Countryman Plug-In Hybrid, rebat tunai berjumlah RM16,000 dan bantuan bayaran ansuran sebanyak RM5,000.



MINI Countryman Plug-In Hybrid menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI eALL4 yang canggih dengan Kawalan Stabiliti Dinamik untuk memberikan tahap cengkaman luar biasa di atas pelbagai jenis permukaan jalan.

Pemilik MINI Countryman Plug-In Hybrid juga akan dihadiahkan MINI Public Charging Cable, berserta kad ChargeNow bagi mendapatkan akses pengecasan secara percuma selama setahun di 309 fasiliti ChargeNow di seluruh negara.



Pada masa sama, kempen MINIMISE turut menawarkan bantuan bayaran ansuran berjumlah RM3,000 sehingga RM5,000 bagi pelbagai model jentera MINI, termasuk rebat tunai berjumlah RM8,000 sehingga RM22,000.

Sementara itu, MINI Malaysia juga melancarkan MINI eShop, iaitu platform tempahan digital yang pertama bagi jenama berkenaan. Pelanggan dapat menemukan pelbagai jenis model MINI yang ditawarkan, serta menempah jentera MINI kegemaran mereka dari keselesaan rumah masing-masing.



Tawaran kempen MINIMISE yang eksklusif ini terhad bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada. Layari http://www.mini.my/minimise untuk mendapatkan maklumat lanjut. MINI eShop boleh diakses melalui http://www.mini.my/MINIeShop.