,
Antarabangsa

MINI Paling Brutal, John Cooper Works GP Hadir Di Malaysia Dijual Harga Bermula RM377,470

Erywan
26/08/2020
05:07 MYT
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia meraikan hari lahirnya dengan memperkenalkan MINI John Cooper Works GP terbaharu, iaitu MINI GP yang paling berkuasa tinggi pernah dikeluarkan.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, sepanjang pembabitkan MINI di litar lumba dan jalan raya selama 60 tahun, kejayaannya dalam arena perlumbaan yang menggegarkan industri pada 2006 masih lagi diraikan.
“Dan hari ini, selepas 14 tahun berlalu, pereka dan jurutera di MINI memberi penghormatan kepada MINI John Cooper Works GP yang sulung sekali lagi dengan iterasi terbaharu – MINI GP yang paling laju dan berkuasa tinggi pernah dibangunkan.
Hanya 10 unit bakal disediakan di Malaysia, kami ingin melihat MINI John Cooper Works GP ini memahat tanda aras baharu dari segi prestasi dalam segmen kereta kompak premium,” katanya.
Menurutnya, hanya 10 daripada 3,000 unit sahaja bakal ditawarkan di Malaysia.
MINI John Cooper Works GP ditawarkan secara eksklusif dalam warna metalik Racing Grey, bumbung dan pelitup cermin sisi dalam warna berkontras metalik Melting Silver.
Komponen gril radiator yang berbentuk heksagon, sisipan salur masuk udara bawah dan permukaan spoiler bumbung di bahagian dalam dihiasi dengan warna Chili Red berglos tinggi, lantas menzahirkan iras yang agresif.
Ia turut diserlahkan melalui jata GP yang digayakan dalam warna matte metalik Rosso Red di seksyen hadapan dan belakang, termasuk di sisi luar spoiler bumbung, skirt sisi dan kemasan ambang pintu.
MINI John Cooper Works GP terbaharu ini dilengkapi dengan enjin yang menyalurkan 306hp dengan tork 450Nm.
Jentera terbaharu ini didatangkan sebagai standard dengan set roda tempaan ringan yang bersaiz 18 inci, dengan berat berjumlah kurang daripada sembilan kilogram.
Di dalam, MINI John Cooper Works GP dilengkapi dengan kerusi sport John Cooper Works yang menggunakan material Leather Dinamica bersama lingkaran warna perak di sisi, termasuk sulaman berwarna merah, jata GP di bawah penyandar kepala yang terintegrasi serta tali pinggang keledar berwarna merah.
​Nombor keluaran dalam lingkungan “0001” hingga “3000” dipaparkan pada permukaan panel arkus roda hadapan menerusi proses pemindahan cat yang baharu.
Harga Jualan MINI John Cooper Works GP yang Disyorkan dengan Pengecualian Cukai Jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah RM377,470.90
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Laman Utama

“Dah Macam Pondan Dah” - Netizen Kritik Gambar Intan Najuwa Berskirt Mini Ala Tuala

gempak
04/10/2021
03:50 MYT
Intan Najuwa dikritik netizen kerana mengenakan skirt pendek paras paha
drebar

MINI Malaysia Memperkenalkan John Cooper Works 3 Door dan John Cooper Works Countryman Baharu

gempak
02/07/2021
05:08 MYT
Harga bermula RM311,259 atas jalan dan tanpa insurans.
drebar

MINI John Cooper Works 3-Door Facelift - Imej Lebih Segar

gempak
19/04/2021
06:40 MYT
Bampar hadapan diberikan rekaan lebih segar dengan jalur merah yang merentangi jeriji dan bukaan udara berbentuk petak.
drebar

MINI Electric Pacesetter - Kereta Rasmi Keselamatan Kejohanan Dunia Formula E

gempak
06/04/2021
04:41 MYT
Ia dimodifikasi menerusi kerjasama antara MINI Design, BMW Motorsport, FIA dan juga Formula E.