Antarabangsa
Mini Perkenal Model Konsep MPV, Kabin Dah Macam Ruang Tamu
MINI memperkenalkan kereta konsep elektrik (EV) yang dinamakan Vision Urbanout. Kereta konsep dengan reka bentuk van itu adalah previu kepada kenderaan akan datang MINI untuk masa depan.
Dari segi rekaan, bentuk bubbly van yang relatif membulat dengan permukaan yang sangat sleek. Gril depan memiliki rekaan khas yang ditutupi tulisan Vision Urbanout. Kemudian lampu depan menggunakan lampu khas MINI yang bulat mengukuhkan lagi identiti jenama terbabit. Menariknya cermin depan boleh dibuka seperti pesawat tempur.
Sementara pintu sisi yang seolah tidak kelihatan membuatkan penampilan lebih kemas dan bahagian belakang terdapat logo MINI yang besar ditambah lampu LED memanjang sama seperti di depan. Setiap hujung lampu belakang terdapat bentuk menyerupai panah yang memberikan identiti bahawa kereta itu adalah sebuah MINI.
Masuk ke kabin agak berbeza, bukan sekadar memberikan keselesaan tetapi bentuknya seolah kelihatan seperti ruang tamu. Ruangan kabin itu sebenarnya boleh diubah menjadi tempat tinggal dalam beberapa langkah saja. Ketika bergerak kabin MINI Vision Urbanout boleh memuatkan empat penumpang dengan dua kerusi yang boleh berpusing untuk kerusi depan.
Soal enjin masih belum didedahkan kecuali ia menggunakan motor eletrik sebagai penggeraknya. Sayangnya kereta terbabit tidak akan dikeluarkan oleh MINI dan tetap menjadi kereta konsep virtual saja.
Must-Watch Video