Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama MN Wheels Sdn Bhd membuka Pusat 3S (Jualan, Servis Dan Barang Gantian) baharu di Bukit Raja, Klang baru-baru ini.

Pusat 3S baharu itu dibina di keluasan tanah berkapasiti 5,000 kaki persegi yang terletak di Jalan Astaka 4, Bandar Bukit Raja, Klang. Ia sekali gus mampu memberi keselesaan kepada pelanggan serta memiliki tiga ruang untuk servis kenderaan.

Ini juga adalah pusat pameran Mitsubishi Motors kedua untuk MN Wheels yang mana bangunan lokasi pertama terletak di Kuala Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, dengan perkembangan jualan yang memberangsangkan pada masa akan datang, pihak akan membuka pusat pameran baharu setiap suku tahunan.

“Ini adalah satu daripada strategi syarikat untuk untuk terus berkembang, selain mahu memberi yang terbaik kepada pelanggan terutama dalam jualan serta selepas jualan di Lembah Klang,” katanya.

Sehingga kini, MMM mempunyai 52 pusat pameran di Malaysia yang mana 47 daripada adalah 3S.