TEMPATAN
Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Perkhidmatan Terbaharu, Beli Kereta Dalam Talian Boleh Hantar Depan Rumah
Kereta sampai depan rumah! Itulah program terbaharu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang kini menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya.
Dengan situasi COVID-19 masih ada, MMM kini menjadi antara jenama automotif pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman pembelian secara dalam talian, pandu uji, bantuan tempahan dan penghantaran terus ke rumah.

“Kami mahu memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli kenderaan secara dalam talian yang menyeluruh,” katanya.

Must-Watch Video