Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Perkhidmatan Terbaharu, Beli Kereta Dalam Talian Boleh Hantar Depan Rumah
Erywan
12/10/2021 01:49 MYT
12/10/2021 01:49 MYT
Kereta sampai depan rumah! Itulah program terbaharu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang kini menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya.
Dengan situasi COVID-19 masih ada, MMM kini menjadi antara jenama automotif pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman pembelian secara dalam talian, pandu uji, bantuan tempahan dan penghantaran terus ke rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, ketika Malaysia mula beralih ke fasa endemik, MMM berusaha memastikan perkhidmatan digital dipertingkatkan demi kemudahan dan keselamatan pelanggan.
“Kami mahu memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli kenderaan secara dalam talian yang menyeluruh,” katanya.
Perkhidmatan penghantaran itu bermula kawasan Lembah Klang sebelum dikembangkan ke lokasi lain tidak lama lagi dan hanya ditawarkan kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar kenderaan Mitsubishi di laman sesawang https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/