Antarabangsa
Mitsubishi Triton Adventure X Hadir Warna Baharu - Sun Flare Orange Pearl
Bagi memberi pilihan terkini, Mitsubishi Motors Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi model Triton menerusi Sun Flare Orange Pearl.
Warna baharu itu akan menyertai barisan Triton Adventure X sebelum ini membabitkan Jet Black Mica dan White Daimond. Selain warna baharu, ia juga dilengkapi dengan pelekat pada bahagian sisi untuk membuatkan ia lebih sporty dan rugged.
Ia juga didatangkan ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya dengan dilengkapi Collision Mitigation (FCM), Amaran Titik Buta dengan Bantuan Tukar Lorong, tujuh bag udara dan banyak lagi.
Bagi kuasanya, ia masih menggunakan enjin 2.4-litre MIVEC turbo diesel yang menyalurkan 181PS dengan tork setinggi 430Nm. Kuasa itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan automatik.
Dari segi harganya pula, ia dijual pada harga tidak termasuk insurans:
- Semenanjung Malaysia - RM137,900
- Sabah - RM138,628
- Sarawak - RM138,715
- Labuan - RM130,654
Bagi memberi ketenangan minda kepada bakal pemiliknya, ia ditawarkan dengan waranti lima tahun atau 200,000km, yang mana tiba dahulu.
Must-Watch Video