Antarabangsa

Mitsubishi Xpender model ketiga CKD Mitsubishi Motors Malaysia

gempak
Erywan
09/09/2020
04:36 MYT
Sponsor Banner
Mitsubishi Xpender model ketiga CKD Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pemasangan tempatan (CKD) bagi model crossover Mitsubishi Xpander yang dilancarkan pada tahun ini.
Crossover tujuh tempat duduk itu adalah model ketiga yang melakukan pemasangan CKD selepas ASX dan Outlander.
Bagaimanapun, Xpander dipasang di kilang baharu di Pekan, Pahang, berbeza dengan ASX dan Outlander apabila ia dilakukan di Kilang Pemasangan Tan Chong Motors di Segambut, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Xpender yang dilakukan pemasangan tempatan itu adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan Malaysia.
“Harganya akan kompetitif untuk memenuhi keperluan keluarga dan bagi mereka mencari kenderaan tempat duduk tujuh tempat duduk yang lebih selesa serta praktikal untuk menjadikan perjalanan mereka lebih menyenangkan.
“Pada masa sama, orang ramai boleh membuat tempahan mereka dalam masa terdekat,” katanya.
Bagi mereka yang mahu melihat lebih dekat Xpender itu, anda boleh berkunjung ke Mid Valley Megamall, Centre Court bermula semalam sehingga 13 September ini. Bagaimanapun, ia hanya teaser dan anda hanya mampu melihat separuh sahaja bahagian bentuk crossover itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live